Contoh pesakit yang mengidap denggi berdarah
Khamis, 30 April 2009
Demam denggi berdarah
Peringkat ini adalah peringkat paling kronik. Antara gejala yang mungkin dialami oelh pesakit adalah :
Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati dan kegagalan sistem perdedaran darah. Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit perut. Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi berdarah,petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo-sitipenia,leukopenia dan peningkatan aras hematokrit. Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembab dan dingin,bibir yang lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi (SRD)

Rabu, 29 April 2009
Ahad, 26 April 2009
Pengkelasaan Saintifik
Virus bawaan nyamuk Aedes
Pengelasan saintifikAlam:
Virus
Famili:
Flaviviridae
Genus:
Flavivirus
Spesies:
Virus Denggi
Cara Transfusi Virus
Bagaimana demam denggi berjangkit
- Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
- Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
- Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
- Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
Mengenalpasti Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Langgan:
Catatan (Atom)